Tag Archives: jana wang

Buat Duit Dengan Blog

Buat duit dengan blog

Buat duit dengan blog

Duit dari internet – itu satu mimpi, ya itu satu mimpi kalau tahun 2007. Seawal tahun 2007 saat aku cuba untuk mengenali blog ramai juga yang mematahkan semangat aku. Masa itu aku baru ingin mula belajar dengan blogspot, belajar cara untuk buat blog. Tapi buntu dan aku kegelapan tanpa teman tanpa guru. Dulu susah nak cari orang gila duit internet ni, memang tak banyak.

Buat duit dengan blog

Buat duit dengan blog – Bukan lagi mimpi. Tahun 2014 boleh dilihat blog tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Memang banyak sebut saja apa niche yang mahu – search saja, cari saja pasti jumpa. Semua pakat gila nak menulis.

Dan bebaru ini adik aku bertanya kepada aku tentang buat duit dengan blog, boleh ke? Betul ke boleh buat duit? Aku jawab ya. Boleh buat duit dengan blog. Tidak susah kalau rajin tapi sulit kalau malas cam aku.

Dalam apa hal sekalipun kalau kita  rajin berusaha pasti kejayaan itu milik kita. Kalau tak tahu tak mengapa boleh belajar, jangan malu jangan segan. Semua orang bermula dengan tidak tahu tapi dengan sedikit minat dan impian mereka mula belajar. Sedikit demi sedikit tidak mustahil jadi pakar.

Bagi yang minat untuk menulis, mungkin boleh mulakan menulis blog hari ini. Mungkin dari sifat suka-suka hari ini akan menjadi mesin duit suatu hari nanti. Siapa tahu nasib kita kan?

Jangan malas. Bagi yang tiada idea untuk mulakan cara untuk buat duit mungkin boleh mulakan dengan panduan ini- Ebook Buat Duit dengan blog.

Kekangan Hidup Yang Mendesak

Rata-rata ramai golongan muda hari ini terutama yang berpendapatan sederhana yang terperangkap dalam perjudian hidup ini. Tambahan bagi yang hidup di kota raya seperti Kuala Lumpur, tersepit dalam meneruskan hidup. Ramai pemuda di kota yang sanggup melakukan dua tiga pekerjaan dalam satu masa bukan untuk bermewahan tapi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi melambung.

Dek kerana kekangan hidup yang mendesak juga ramai yang tersadai kelemasan di tengah perjuangan, rabun dengan kekayaan palsu di ibu kota ramai yang tewas di godaan kad plastik. Kad plastik yang menjadi simbol kekayaan palsu, dan dia juga mencari lebih ramai mangsa. Kad plastik memang membantu tika memerlukan tapi jika tak dikawal dia merupakan racun pembunuh jiwa. Dengan kad plastik semua jadi mudah swap saja sana sini pasti diterima. Ada yang berjaya keluar dari lautan hutang tapi lagi ramai yang tewas dan muflis.

Dalam keadaan yang mendesak ramai juga.yang pilih jalan mudah untuk jana wang untuk jadi kaya, menjual barang terlarang yang salah di sisi undang undang. Jangan pilih jalan ini. Lebih lanjut tidak perlu lagi diceritakan ramai sudah tahu.

Walaupun dalam keadaan hidup yang mendesak jangan paksa diri untuk berkerja lebih dari kemampuan diri semuanya demi jana wang. Jangan jadi hamba wang, tapi kawallah nafsu dalam membeli. Beli sahaja barang yang perlu dan hidup cara yang kita mampu. Jika ada banyak masa terluang boleh juga melakukan kerja dari rumah dengan jobsdirumah.com.

Jangan Hidup Untuk Wang

Wang sememangnya keperluan dalam hidup, dunia sekarang ini segalanya memerlukan wang. Wang bagai sumber untuk segalanya, dengan wang segalanya boleh kita dapat dan bila tiada wang segalanya boleh kita hilang itulah lumrah dunia hari ini.

Jangan Hidup untuk Wang

Jangan Hidup untuk Wang

Namun begitu, jangan hidup untuk wang tapi wang untuk hidup. Kalau hidup untuk wang pasti banyak nikmat lain dalam dunia ini kita akan hilang. Kita akan kehilangan nikmat sebenar hidup dalam dunia ini, apabila kita memperhambakan diri kepada wang.

Masa yang ada perlu juga di isi dengan masa yang berkualiti bersama keluarga, sahabat dan juga aktiviti kegemaran masing-masing. Bukan setiap masa hanya berkerja untuk mengejar wang, memang taraf hidup sekarang ini semakin meningkat dan memerlukan wang yang banyak tapi sebolehnya hadkan masa untuk menjana wang adakan masa untuk aktiviti lain juga.

Salah satu solusinya adalah dengan memilih jobdirumah. Jobdirumah menyediakan salah satu platform pekerjaan secara online dari seluruh dunia. Jobdirumah bukan agen duit tapi agen untuk pekerjaan kita. Jobdirumah adalah orang tengah untuk pekerjaan seluruh dunia.

Pelbagai pilihan kerja boleh dipilih dari program jobdirumah. Pelaburan RM50 untuk langganan pertama pasti tidak merugikan anda.

Bekerja dirumah dengan pendapatan yang berbaloi dan masa berkualiti dengan keluarga pasti satu pilhan yang tepat untuk mengatasi masalah taraf hidup yang tinggi kini. Selamat mencuba.

Kerja sambilan di rumah

Kerja sambilan di rumah.
Data Entry, Admin Support, Virtual Assistant, Typist, Translator, Customer Support, Web Research, Proof Reader, Writers, Copywriters dan lain².
Berminat, sila layari:
==> https://www.jobdirumah.com/zaidi5483

Jana Wang Dengan Hobi

Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Apa saja boleh kita jadikan sumber duit. Apa saja boleh kita jadikan untuk jana wang. Asalkan kita kreatif dan sabar, semua boleh menjana wang. Begitu juga jana wang dengan hobi.

Jana wang dengan hobi : Kumpul mainan pun boleh buat duit

Jana wang dengan hobi : Kumpul mainan pun boleh buat duit

Bukan perkara yang mustahil pun untuk jana wang dengan hobi, bagi mereka yang mempunyai hobi seperti aku mengarut meraban dalam dunia blog ini, boleh juga jana wang dengan blog, buat duit dengan blog. Ramai yang sudah membuktikannya banyak hasil yang telah mereka buat dengan menulis blog.

Tidak kurang juga yang dari hanya menulis blog telah bertukar menjadi seorang penulis professional. Dengan menulis juga kita boleh buat duit. Percaya atau tak itu adalah hakikat hari ini.

Seorang kawan ada bercerita pada aku, ada seorang sahabat beliau yang hanya membuat duit dengan memancing. Kerjanya adalah memasuki pertandingan memancing, dan hampir dalam setiap pertandingan, rezeki memihak kepada beliau. Siapa sangka kan?

Jana wang dengan hobi : Merempit di litar lumba

Jana wang dengan hobi : Merempit di litar lumba

Buat Mat Rempit pula, aku sarankan agar berhenti merempit di jalanan. Beralih merempit ke litar lumba pula. Buktikan kau adalah Mat Rempit moden yang hebat yang mampu mencipta nama dalam litar, yang dikenali dunia. Siapa tahu dari Mat Rempit boleh jadi seperti Max Biaggi. Siapa tahu?

Bagi yang perempuan pula mungkin boleh jadikan hobi menjahit sebagai sumber kewangan yang bagus. Dunia fesyen wanita memang mempunyai market yang sangat baik. Tak percaya? Sila lakukan survey anda.

Rezeki masing-masing, tiada siapa tahu di mana rezeki kita. Selagi kita tidak mencuba kita tidak akan tahu. Asal JANGAN MALAS kita boleh jana wang dengan hobi.

Usaha-usaha-usaha, doa dan tawakal pasti ada kejayaan.

Jana Wang Dengan Bisnes Tudung

Aku tahu hari ini pasti ramai yang suka untuk terjun ke dunia bisnes tidak kiralah online atau offline. Tapi pasti ramai juga yang terkial-kial kerana tiada idea untuk memulakan bisnes apa? Bagaimana nak dapatkan sumber?

Kenapa Bisnes Tudung?

Aku tahu pasti ramai akan bertanya soalan ini kenapa bisnes tudung? Kenapa tidak bisnes t-shirt atau jaket lelaki?

Sejujurnya, jika kalian nak masuk ke dalam dunia bisnes fesyen terutamannya baik korang mulakan dengan fesyen perempuan. Perempuan suka berfesyen, jadi bisnes menjual pakaian perempuan mempunyai potensi yang lebih besar.

Kalau kalian perhatikan, orang perempuan lebih suka bertukar pakaian berbanding lelaki. Perempuan tidak akan memakai pakaian yang sama dalam tempoh lama, contohnya setiap kali kenduri kahwin saudara atau kawan, pasti orang perempuan sibuk beli baju baru. Kalau lelaki, biasanya akan pakai pakaian sampai lunyai sampai lusuh.

Jadi di sini, apa yang boleh perhatikan untuk berniaga pakaian baik berniaga pakaian perempuan. Bisnes tudung adalah salah satu daripadanya.

Potensi Bisnes Tudung?

Orang perempuan sekarang ini ramai yang mula bertudung tidak kiralah sama ada sebab agama atau fesyen terpulang pada individu. Apa yang penting pasaran untuk bisnes Tudung besar sebab mereka ini.

Awek tudung comel pujaan lelaki

Awek tudung comel pujaan lelaki

Orang perempuan biasanya amat cerewet pasal tudung ni. Kalau baju warna hijau mereka akan pakai tudung pun warna hijau, kalau baju warna pink tudung pun warna pink. Biasanya mereka akan sesuaikan dengan warna baju. Jika mereka ada 10 warna baju biasanya mereka juga akan ada 10 warna tudung. Itu kebiasaannya.

Jadi bagi yang masih berfikir untuk mulakan bisnes apa? Mungkin kalian boleh mulakan bisnes tudung. Dapatkan panduan lengkap untuk Bisnes Tudung agar membantu kalian memulakan bisnes ini.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah berniaga tudung zaman belajar dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...